LoVeScrap Forum Index -> {Pengumuman} -> Peraturan Lovescrap Forum
Post new topic  Reply to topic View previous topic :: View next topic 
Peraturan Lovescrap Forum
PostPosted: Thu Jul 19, 2007 9:52 am Reply with quote
lovescrap
Site Admin
 
Joined: 25 May 2007
Posts: 96




Terima kasih kerana mengunjungi lovescrap.8.forumer.com. Kami mengalu-alukan kedatangan anda tapi terlebih dahulu silalah baca, fahami dan patuhi peraturan forum di sini:

1. Kami amat mementingkan kesejahteraan dalam forum ini. Kami inginkan semua pengunjung dan forumer di sini berinteraksi dalam suasana yang selesa dan aman. Jadi terima kasih diucapkan kepada semua yang bersikap saling hormati antara satu dengan yang lain. Jagalah adab dan sopan santun anda di sini dan diharap anda tidak post sebarang komen yang akan menyinggung hati dan perasaan yang lain. Kami tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang serangan peribadi, hinaan, gossip, umpatan, cacian, sindiran secara langsung dan tidak langsung di forum ini. Kami akan sentiasa memantau posting di sini dan akan memadamkan (delete) posting yang tidak senonoh/sesuai di sini. Tindakan lanjut akan dilakukan terhadap forumer yang melanggar peraturan ini.

2. Sebarang imej dan bahasa yang tidak senonoh dan lucah amat dilarang di sini. Ini termasuk imej di dalam posting, signature dan avatar.

3. Layout yang diletakkan ke dalam Galeri juga tidak dibenarkan mempunyai unsur-unsur pornografi dan ganas.

4. Dilarang menggunakan forum ini untuk mengiklankan dan menjual produk-produk dan perkhidmatan scrapbook. Jika anda ingin menjual dagangan scrapbook anda di sini, silalah hubungi pentadbir forum ini terlebih dahulu.

5. Postings yang mempunyai iklan atau link kepada website scrapbook komersial yang lain adalah dilarang sama sekali. Kami ada menyediakan thread untuk anda meletakkan link scrapbook (bukan komersial) yg lain untuk manfaat pengunjung yang lain. Link yang kami rasa tidak sesuai akan dikeluarkan dari postings anda. Signature dan avatar yang mempunyai iklan untuk website scrapbook komersial yang lain juga tidak dibenarkan

6. Pastikan posting-posting anda tidak menyebabkan sebarang penyebaran virus dan fail yang korup.

7. Dilarang meletakkan layout yang dimiliki oleh orang lain tanpa persetujuan/kebenaran pemilik. Imej dan layout yang memang di domain awam adalah dibenarkan

8. Kami akan sentiasa memantau forum ini tetapi kami tidak akan bertanggungjawab ke atas semua kandungan dan mesej-mesej yang diletakkan di sini oleh forumer yang lain. Kami tidak menjamin ketepatan dan kegunaan mesej-mesej yang diletakkan oleh ahli-ahli di sini.. Mesej yang diletakkan di sini adalah pandangan forumer sendiri dan tidak semestinya pandangan pihak kami. Sesiapa yang berasa sesuatu mesej itu menyinggung dan menyakitkan hati, serta melanggar peraturan yang sudah ditetapkan sila hubungi kami melalui PM (private message) ataupun email kami di Love.scrap@yahoo.com. Kami akan memadamkan mesej tersebut dan tindakan akan diambil terhadap forumer tersebut.

9.Kami berhak untuk mengeluarkan/memadamkan (delete) sebarang komen, mesej, imej tanpa sebarang alasan. Anda bertanggungjawab terhadap sebarang posting yang anda lakukan. Lovescrap.8.forumer.com tidak akan bertanggungjawab terhadap posting anda.

10. Lovescrap.8.forumer.com berhak menukar peraturan dari masa ke semasa tanpa sebarang pemberitahuan terlebih dahulu.

Selamat berforum dan semoga forum ini dapat mengeratkan lagi silatullrahim sesama kita disamping dapat berkongsi idea dan pendapat.

- Lovescrap Owner -
View user's profile Find all posts by lovescrap Send private message Send e-mail
PostPosted: Mon Apr 14, 2008 2:12 pm Reply with quote
fliffy
Lovescrap Mod Artist
Lovescrap Mod Artist
 
Joined: 12 Mar 2008
Posts: 556
Location: pahang




bagus ni clean and clear !!!

so girls....rockin and plz have fun scrappin~

di samping tuh baca peraturan nooooo

_________________
life..love [learn and do]
View user's profile Find all posts by fliffy Send private message Send e-mail Visit poster's website Yahoo Messenger
PostPosted: Tue Apr 15, 2008 9:26 pm Reply with quote
zakirahzakaria
Baby scrapper
 
Joined: 15 Apr 2008
Posts: 59




Understood :)
View user's profile Find all posts by zakirahzakaria Send private message
PostPosted: Wed Oct 08, 2008 8:58 pm Reply with quote
miraei5802
Newborn scrapper
 
Joined: 08 Oct 2008
Posts: 4




paham cekgu....
hi or bye
View user's profile Find all posts by miraei5802 Send private message
 Peraturan Lovescrap Forum 
 LoVeScrap Forum Index -> {Pengumuman}
You cannot post new topics in this forum
You cannot reply to topics in this forum
You cannot edit your posts in this forum
You cannot delete your posts in this forum
You cannot vote in polls in this forum
All times are GMT + 8 Hours  
Page 1 of 1  

  
  
 Post new topic  Reply to topic  



Theme created by Vjacheslav Trushkin.